Jumaat, 28 Februari 2014

Disebalik Suara.... Rahim Kedol

Bismillahirrahmanirrahim...., Bagi segmen disebalik suara yang pertama ni…, kami ingin memperkenalkan salah seorang “orang lama” atau “otai” dalam dunia alih suara. Ada diantara kita mungkin mengenalinya sebagai seorang pelakon atau penyanyi, namun ramai yang tidak mengetahui  beliau merupakan salah seorang pengalih suara dan telah melibatkan diri dalam dunia alih suara lebih daripada 30 tahun dan masih aktif sehingga kini. Insan yang berbakat besar yang dimaksudkan ini ialah…, Encik Rahim Kedol atau lebih mesra dipanggil abang Rahim dikalangan penggiat seni alih suara Malaysia. Krew SangPengalihSuara berpeluang menebual beliau baru-baru ini selepas beliau selesai sesi melakukan proses rakaman suara. Jom kita layan….


Saudara Rahim Kedol mempunyai keunikan membuat pelbagai jenis suara

Bagaimana boleh terlibat dalam dunia alih suara?
Sebenarnya sebelum abang bermula dengan dubbing cerita-cerita dari luar Negara, abang banyak terlibat dengan dubbing  filem-filem dan drama tempatan. Pada masa tu individu yang bertanggungjawab memperkenalkan abang untuk dubbing filem tempatan adalah Al-marhum M Osman

Boleh kongsikan permulaan abang sebagai pengalih suara?
Abang bermula dengan lakonan,  jadi apabila zaman drama agak suram dan abang kurang mendapat tawaran berlakon pada masa tu, saudara abang iaitu Al-marhum Nazir mempelawa abang untuk menghadiri ujibakat di RTM, al-marhum Nazir ni merupakan salah seorang pengalih suara di RTM (juga seorang Dubbing Director), jadi dialah bawa abang ke RTM dan memperkenalkan abang dengan Dubbing Director RTM iaitu saudara Adnan Ali. Apabila dah ujibakat dan nasib menyebelahi abang dan abang sempat terlibat dalam dua siri drama di RTM sebab selepas tu RTM tidak lagi melakukan proses dubbing di RTM sebaliknya diserahkan kepada studio2 luar atau swasta seperti HVD,Take One Production dan beberapa studio yang lain

Bersama pelakon ketika sesi penggambaran drama

Bila abang mula berlakon ya?
Abang mula berlakon dari zaman hitam putih lagi,tapi masa tu abang banyak memegang watak tambahan untuk drama-drama RTM ,antara yg popular masa tu drama bertajuk osman dan afsan, tapi sebenarnya abang  bermula dengan teater masa zaman2 Razali Buyong,kemudian baru berlakon drama. Itu pun belum terus-terus  jadi pelakon, abang bermula dengan kerja-kerja belakang tabir, jadi krew filem dulu dan baru diserap sebagai pelakon

Filem abang ada berlakon?
Ada, filem Kala diarahkan oleh M Osman

Abang ada beritahu yang abang ada meminjamkan suara untuk filem-filem tempatan, boleh beritahu filem apa?
Banyak juga tapi antara yang abang ingat ialah Filem Mira Edora, Antara pelakon yang membintagi filem tu ialah Mustafa Kamal,Noor  Kumalasari, Rahim Maarof dan heroinnya ialah Julia Rais,dalam filem ni abang menggantikan keseluruhan suara Rahim Maarof, kerana pada masa tu lagu nyanyian Rahim Maarof iaitu “istana menanti”  tengah meletup-letup dan beliau sibuk dengan promosi,jadi abang dipanggil untuk meminjamkan suara untuk watak Rahim Maarof dalam cerita ni. Pengarah untuk filem ni ialah saudara Zul M Osman. Selain dari tu, dulu-dulu kerajaan Malaysia dan Indonesia banyak melakukan usahama untuk terbitkan filem dan drama,jadi babak2 yang dilakonkan oleh pelakon Indonesia perlu dialih suara ke bahasa Malaysia dan abang ada terlibat sama. Kerja-kerja rakaman alih suara banyak dilakukan di studio Panca Delima milik Dato Jins Samsudin dan diarahkan oleh saudara Zul Salleh Ghani.

Ingat lagi tak cerita ni?

Siapa lagi rakan-rakan artis yang seangkatan dengan abang dalam alih suara yang abang masih ingat?
Afida S, Al-marhum M rajoli,Al-marhum  M osman, Hjh Wan chik dan Raissudin Hamzah(bapa Siti Sarah)

Selain berlakon abang ada menyanyi?
Menyanyi ni sebenarnya main2 je,sekadar suka2, tp abang pernah menjadi juara Bintang Nyanyian dalam satu pertandingan anjuran rukun tetangga hospital pada tahun 85, dan pada masa tu agak meriah sambutannya

Selain berlakon,menyanyi,mengalih suara,Apa lagi yang abang buat?
Abang ada juga menjadi juruacara untuk majlis-majlis kahwin dan korporat

Projek terbaru?
Berlakon drama bertajuk Emon Sister  dan akan ditayangkan di RTM

Nasihat untuk mereka yang nak terlibat dalam dunia alih suara?
Bagi abang disiplin adalah perkara utama,jika dulu sekali masuk studio kena masuk 5- 6 orang serentak, bila salah seorang tak datang atau terlambat yang lain kenalah tunggu, jadi ini menyusahkan orang lain, selain tu minat pun kena ada, kena datang tengok dulu, ada kesabaran untuk belajar, sanggup ditegur dan menerima nasihat, boleh tahan lasak - sebab ramai yang ingat dubbing ni cuma kerja bercakap,tapi sebenarnya lebih daripada tu,dan memerlukan komitmen yang tinggi dan ada masanya pukul 2 3 pagi masih lagi di studio,semangat setiakawan pun sangat penting,kalau semangat setiakawan tak ada bila masanya dubbers nak “naik” sama2 dan nak steady hidupnya, pakatnya bersama, buat kerana nak cari rezeki, buat kerja bagus2 dalam setiap kerja yang kita lakukan


INSPECTOR MEGURE: hahaha...Jangan cuba nak lari! Mana mau pigi haaa??
P/S: Abang nampak muda 10 tahun pakai baju DUB...hehehe

Soalan terakhir, Cerita apa bagi abang yang paling seronok dialihsuara?
Kalau dulu-dulu memang cerita dari Brazil dan kalau cerita baru bagi abang Detective conan.

Itulah serba sedikit cerita “disebalik suara” apa yang kami boleh kongsikan untuk anda diluar sana. Untuk segmen “disebalik suara” akan datang kami akan terus memperkenalkan siapakah suara-suara disebalik watak-watak animasi dan drama alihsuara di televisyen. Buat seiyuu-seiyuu di Malaysia…, bersiap sedia untuk diterjah oleh krew2 kami. Oppps! Sebelum terlupa…, di bawah ni kami ada senaraikan antara cerita-cerita yang dialihsuara oleh Encik Rahim Kedol dan watak yang dipegang oleh beliau. Selain dari itu, bagi mereka yang berminat untuk menggunakan khidmat Encik Rahim Kedol untuk rakaman suara drama,iklan,berlakon,ataupun juruacara majlis, bolehlah hubungi beliau di FB beliau iaitu www.facebook.com/rahim.kedol

hmmm....setiap kali ada pembunuhan mesti ada Conan..kena siasat ni!

1)      Detective Conan = Inspector Megure
2)     Hawaii Five O = Joe / Hiro
3)      Hero 108 = Mr No Hands / Parrot King
4)      Fairly Odd Parents = Mr Tunner
5)      Kappa Mikey = Gonard
6)      Ben & Izzy = Wells / Jake
7)      Bokenger = Gaja / Makino
8)      Go Onger = Shoukyaku
9)      Gaiking = Yamma / Galis
10)   Hulk & The Agents Of Smash = Red Hulk

Sabtu, 25 Januari 2014

Lembutkan lidahmu...

Bismilahhirrahmanirrahim…., untuk kali ni nak ajak korang main game sikit.  Game ni di panggil “Tongue twister” atau pematah lidah atau penggulung lidah atau apa2 sajalah yang penting memang boleh buat lidah korang terbelit-terbelit. Kenapa aku ajak korang main game ni?. Mestilah ada sebab dan yang lebih penting ada kaitan dengan dunia alih suara.

bluuueeekkkk~~~

Bagi aku game ni memang baik untuk mereka2 yang nak buat latihan lembutkan lidah,jelaskan sebutan dan cuba kurangkan pelat yang ada atau kadang2 mungkin kita tak perasan yang ada huruf2 tertentu yang kita pelat.

Yaaaaa..betul. Dulu aku cuma tahu yang kebanyakkan orang biasanya pelat huruf R je. Sebut lori bunyi loghi, sebut roti bunyi ghoti,Sebut “sport rim” bunyi sport ghim. Kalau kena sebut “Yusry KRU dengan Lisa Surihani romantic” tak ke bunyi “Yuseghi kay agheyu dengan Lisa Sughihani ghomantik”. Itu belum kira masa zaman sekolah bila cikgu suruh wat bunyi motor… Vrrrrrrrroooooommm…., mesti yang tak boleh sebut huruf R ni bunyi motor dia lain sikit…hehehe. Tapi yang tak boleh sebut huruf R janganlah marah pulak ya, setiap insan ade kekurangan dan kelebihan masing2. Yang penting bersyukur dengan apa yang ada. (mungkin dengan main game ni korang boleh ok ke… siapa tahu?)

Sepanjang 7 tahun aku menjadi Dubbing director, rupa2nya bukan huruf R je yang ramai orang pelat. Rupanya banyak huruf lain. Ada yang pelat S…, bila sebut “Saya Sebenarnya…” bunyi Tsaya tsebenarnya”. Ada yang pelat “Y”…, bila sebut perkataan “yang” bunyi “nyang” dan macam2 lagi. Bila ada perkataan2 yang disalah sebut atau bunyi lain macam je masa proses dubbing dilakukan, kita terpaksa record semula sebaris ayat yang ada berulang2 kali sampailah sebutan tu jelas. Tu belum kira dah jelas sebut… lipsync plak tak ngam ngan mulut kartun. Bila sebut perkataan yang pelat tu dah jelas,lipsync dah ngam… intonasi plak lari. Kenaaaa…. Take balik. Itulah yang dilalui oleh seiyuu2 yang ada kat Malaysia ni setiap hari. Buat sampai puas hati dan nampak sempurna. Syabas Malaysian Seiyuu!!!

Ok, kita terus ke game kita. Nak main dia senang saja. Cari kawan2 dalam 3@4 orang…lagi ramai lagi bagus. Tapi kalau ada 2 orang pun dah ok. Cuba sebut perkataan2 “tongue twister” ni. Kita mulakan dengan sebut “Red Lorry Yellow Lorry”(secepat yang mungkin 3 kali berturut-turut). Sebagai contoh…, katakanlah korang main game ni 4 orang…, orang pertama sebut “Red Lorry Yellow Lorry” tak ada masalah, pastu turn orang ke dua pulak, yang kedua sebut “red Lorry Yellow Lorry” pun ok je, masuk orang ketiga sebut “Red Lorry Yellow Lorry” dah sangkut, bunyi “Red rori yerow rori”. Haaaa…. Jadi orang pertama kenalah sebut semula “Red Lorry Yellow Lorry” dan proses ni akan sentiasa berulang2 selagi keempat2 yang tadi tu tak  Berjaya sebut dengan jelas untuk setiap set. (syok jadi orang keempat kalau orang yang ketiga sebelumnya asyik sangkut je…memang gelak kan orang je lah kerjanya). 



Nak buat game ni jadi lebih ekstrim… korang boleh tambah bila ada yang sangkut je… kena jentik tangan, takpun jentik telinga atau apa2 je lah yang korang rasa sesuai. Nak lagi cool…set pertama buat suara sponge bob,set kedua buat suara suneo,pastu suara Hulk,conan,phineas dsb.

cuba kira berapa banyak suara yang korang boleh buat?
Tapi kalau tak ada geng nak main game ni boleh ke buat latihan lembutkan lidah ni?, bolehhh… tak ada masalah. Cuma caranya berbeza sikit. Korang sebut perkataan:

RED LORRY YELLOW LORRY

 ni selaju yang mungkin dan berulang-ulang. Tapi mata korang  jangan pandang skrin dan focus pada perkataan tu. Hafal “Red Lorry Yellow Lorry” lepas tu pandang lah tempat lain, dinding ke, kipas ke, peti ais ke,pasu bunga ke, apa2 je lah, lepas tu sebut. Tengok huru hara tak lidah tu bila sebut laju2.
Selain daripada “RED LORRY YELLOW LORRY”…, banyak lagi perkataan lain yang kita boleh cuba. Sebab sebenarnya setiap bahasa yang ada didunia ni ada kumpulan perkataan yang boleh dikategorikan sebagai “tongue twister” ni. Sebagai contoh dalam bahasa Melayu kita sendiri. Antara perkataan yang boleh dikategorikan sebagai “tongue twister” ialah:


-      Buaya biawak,buaya biawak,buaya biawak

-      Kakak ku kata, kuku kaki ku kotor. Ku kikis kuku kotor kaki ku.

-      Babu bebal bubuh bubur bibir baba

-      Tekukur ketitir, tekukur ketitir, tekukur ketitir

-      Buaya buaian biawak, buaya buaian biawak

Bagi yang dah perasan diorang pelat huruf2 tertentu korang boleh terus fokus pada ayat2 ada banyak huruf tersebut sebagai contoh:

Huruf W:

I wish to wish the wish you wish to wish,
But if you wish the wish the witch wishes,
I won't wish the wish you wish to wish.


Huruf S:

I saw susie sitting in a shoe shine shop,
Where she sits she shines, and where she shines she sits.
The sitxth sick sheikh’s sixth sheep’s sick.
(menurut Guinees World of Record ini perkataan Inggeris yang paling susah disebut)


Kalau korang nak tengok banyak lagi ayat2 untuk belit2kan lidah korang bolehlah pergi cari kat www.uebersetzung.at macam2 ada kat situ.
Ini ada 1 lagi tips yang lebih kurang sama untuk lembutkan lidah + Booster + dapat pahala + murah rezeki. Kita sama2 amalkan Asmaul Husna. 

Ya Jabbar…Ya Mutakkabbir…Ya Muhaymin…Ya Razzaq… ada 99 semuanya. Dapat amalkan semua lagi bagus.

Oklah, aku rasa cukup sampai sini dulu. Aku harap dengan serba sedikit tips untuk lembutkan lidah yang aku share ni, bermanfaat untuk korang semua. Nanti janganlah disebabkan tak boleh atau susah nak sebut huruf2 tertentu cita2 korang nak jadi Seiyuu atau terlibat dengan dunia Voice Over ni terbantut. Yang penting berusaha sampai Succes!!, kita sama2 berdoa ok?, mungkin satu hari nanti kita boleh berkerjasama.
 Assalamualaikum.

 



   

Rabu, 15 Januari 2014

Kemana kan Ku bawa suaraku....?

Bismilahhirrahmanirrahim…., Ceritanya bermula dengan seorang pemuda bernama Kasban bin Tukimon (tiada kene mengena dengan pokemon…memang nama bapak dia macam tu). Kasban seorang pemuda yang biasa2 saja tapi tak kurang kacaknya. Dan apa yang paling menarik tentang Kasban ialah dia boleh  meniru suara2 selebriti dan watak2 kartun yang popular. Sebut saja suara selebriti mana…. Dari suara Zaiton Sameon,Norman Hakim,Jep sepahtu hinggalah Dato Jalalludin Hassan selamba je dia tiru. Kalau cerita kartun ni tak payah cakaplah…suara suneo,nobita,doraemon,giant semua dia tapau. Pendek kata kalau cerita Doraemon tu suruh dia sorang je dubbing pun takde masalah. Memang boleh siap satu episode ( tapi terkoyak lah anak tekak). Tapi Kasban tak tahu kemana dia nak salurkan bakat yang Allah Swt kurniakan pada dia.




Dipendekkan cerita, dalam ramai2 kawan FB Kasban ada lah seorang Dubbing Director.(itupun di Add secara x sengaja). Kasban pun dengan penuh yakin dan berani pm Dubbing director tersebut dan menceritakkan tentang kebolehan dan bakat yang dia miliki. Director tersebut menjemput Kasban datang ke studio pada keesokkan harinya untuk diujibakat.

Keesokkan harinya di studio…..jeng…jeng..jeng…….



DD: sekarang saya nak kamu masuk ke studio dengan penuh yakin,bersemangat,tak nak malu2, apa yang kamu boleh buat saya nak kamu tunjukkan pada saya hari ni, faham?

Kasban: faham tuan

DD: ok, kamu baca dialog yang ada pada skrip depan kamu tu

Lalu Kasban pun membaca dialog pertama watak suneo yang ada di dalam skrip….

Kasban: Hoi Nobita! Jom lah kita main bola lisut! Janganlah duduk kat rumah je!

Dialog pertama dibuat dengan jayanya…

DD: next! (bermaksud dialog yang kedua)

Dialog kedua tertera nama watak Spongebob berserta dialognya….

Kasban: Squidward….. saya dan Patrick nampak macam kawan yang baik lepas pakai baju ni kan? Hehehehehe

Sebijik suara spongebob Kasban buat. Ternyata Kasban memang seorang yang berbakat…

DD: ok, sekarang saya nak kamu buat bunyi ayam

Kasban: ooookkkkkokk ookkkooooooookkkkkk…. (siap ayam berkokok lagi dia buat)

DD: bunyi kucing?

Kasban: meeeoooooowwwwwww

DD:bunyi cicak?

Kasban: tch…tchik..tchik…tchik..

DD: bunyi bas?

Kasban: ggggggrrrrrrrrr…….vrrrroooooommmmmmmmm

DD: bunyi peti ais terbukak?

Kasban: eeeeeeeeeee….yyyoookkkkkkk

DD:bunyi ikan?

Kasban: urk???.....anu…ermm….anu….errr….errrrr…. ???






Walaupun Kasban tak berjaya buat bunyi ikan. Tapi Dubbing director tersebut tau yang Kasban seorang yang berbakat dan boleh pergi jauh dalam bidang alih suara ni. Anda berbakat seperti Kasban?? Jangan sia2kan bakat anda. Kat bawah ni ada senarai2 studio yang aktif  buat kerja2 alih suara yang ada kat Malaysia. Pilih je mana yang nak dan datang ujibakat bila ada nanti:   

FKN Dubbing
Alamat: Unit 613 (6th Floor), Block F, Phileo Damansara 1. No 9 Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: (03) 7665 9881

SDI Media
Alamat: B-09-03A, Menara Bata PJ Trade Centre No.8, Jalan PJU 8/8A Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Tel: (03) 7724 1888


Double Vision
Alamat: Lot 11, 11a, Jalan 51A/227B 46100 Petaling Jaya, Selangor MALAYSIA
Tel: (03) 7954 5188
Emel: communications@visionnewmedia.net


Colour Bar Production
Alamat: 26-2B, Jalan UP 1/5, Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor.
Tel: (03) 6241 7389
Emel: colourbarproduction@hotmail.com

 Measat Broadcast Network Systems
Alamat: Level 2, Wisma SSP, 1 Jalan SR 8/3. Serdang Raya Seksyen 8, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel: (03) 8941 6085
Emel: N/A

Damai Pictures
Alamat: 20-1 & 20-2 Jalan Sulaiman 1,Taman Putra Sulaiman,68000 Ampang, Selangor.
Tel: 03-4270 3081/2
Emel: damaipic@tm.net.my

Dermaga Seni
Alamat: Lot A-3-10, 3rd Floor, Setiawangsa Business Suite, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
Tel: (03) 4251 0911
Emel: yusoffhayatie@hotmail.com


Edream
Alamat: Jalan Samudera Utara 1, Taman Samudera, 68100 Batu Caves, Selangor

Emaskarya
Alamat: 34-2 Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8 47810 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Tel: (03) 6140 3449
Emel: emaskarya@gmail.com

Fastlights Studios
Alamat: 45-2A Jalan USJ 10/1, 47620 UEP Subang Jaya, Selangor
Tel: (012) 615 6543
Emel: info@fastlightsstudios.com
FB: http://www.facebook.com/fastlightsstu 

 Skunk Studio
Alamat: No. 88-1,Jln SBC 3, Taman Batu Caves , 68100 Bt. Caves, Selangor

Infusion Studio
Alamat: No 29-1D , Jalan Perdana 6/6, Pandan Perdana 55300 Kuala Lumpur

i-Yuno
Alamat: 15F, Menara TH Selborn, 153 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: (03) 2681 0133
Emel: ajanin@iyuno.com

Jari Seni Studio
Alamat: C3-02-03A , Hata Square , Jalan Mewah 1 , Pandan Mewah ,
68000 Ampang, Selangor.

Lensa Film Sdn Bhd
Alamat: No. 1, Jalan Kasah, Medan Damansara 50490 KL
Tel : 03 20921488
Email : lensafilm@gmail.com

Mezzonine
Alamat: A-1-13, Tingkat 1, Blok A Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, Tropicana Selatan, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: (016) 319 7225
Emel: ?

Moxim House
Alamat: Wisma Pico, 19-20 Jalan Tembaga SD5/2, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur
Tel: (03) 6273 1308
Emel: elaine@moximhouse.com

MS Post Production
Alamat: 96, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: (03) 9171 9996
Emel: wkhang@mediaspace.com.my

OneZero First Corp
Alamat: 24-2 Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel: (03) 6150 7810
Emel: onezero@unifi.my

Pro Audio Enterprise
Alamat: 44 Jln Bandar 1, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

SKY TECH (PMP ENTERTAINMENT)
Alamat: 33, Jalan 1/119, Taman Bukit Hijau, Cheras, 56000, Kuala Lumpur.

ASTRO ENTERTAINMENT
Alamat: Ground Floor, Wisma Penyayang, No 6, Jalan Equine, Bandar Putra Permai, 43300, Seri Kembangan.
Tel: (03) 8949 5990 






Pppssssttt….cerita kat atas tu rekaan semata2….tapi alamat yang ada ni memang betul. Bukan rekaan! Mulakan langkahmu!!

Rabu, 1 Januari 2014

Ini Yang Pertama...

Bismillahirrahmanirrahim…., lagi 4 hari dari tarikh entri ini ditulis akan masuk tahun baru, bila citer pasal tahun baru ni dah tentulah tak boleh lari dari citer azam tahun baru, macam2 planning nak buat,itu nak buat…ini nak buat,tapi semuanya jatuh bawah kategori “Nak” buat, buatnye belum tentu lagi. Pernah dengar citer pasal 3 ekor burung yang nak terbang dari atas dahan?. Kalau pernah dengar mesti faham apa maksud aku, kalau yg belum pernah dengar…, untuk entri2 yang lain mungkin aku boleh citerkan.


Bagi aku tahun 2014 nanti adalah tahun tindakan, tahun untuk aku bertindak! Bertindak! Dan Bertindak!, aku dah tak boleh nak bagi peluang kat diri aku untuk bertangguh dengan apa yang aku rancang. Satu kelemahan yang ada dalam diri aku ni yang aku mesti buang adalah ketakutan untuk bertindak. Kadang2 idea yang datang tu mencurah2, bukan main tip top lagi kononnye, tapi hasil??, tak kemana jugak,dan ini salah satu faktor kegagalan aku, tapi 2014 aku mesti berubah!, rasa macam tak sabar nak tunggu 2014.

              

Sebagai permulaan…, aku merancang untuk menulis dan aku pilih blog sebagai medium untuk aku mula menulis. Serius aku cakap…, aku bukan tahu sangat pasal blog ni,buku yang aku beli untuk buat blog pun tak habis baca lagi, tapi ape ade hal?,kata nak melalui fasa perubahan untuk bertindak,buat je dulu, ada masalah kita kasi selesai satu2, yang penting bertindak! Tak gitu?. 


Dengan menulis aku rasa aku dapat jana balik otak aku yang dah tepu dan semakin lesu ni.Yaa .... keletihan, kepenatan, kelesuan,ketepuan dan macam2 lagi perkataan yang seangkataan dengannya. Aku tahu sebab apa aku jadi macam ni..., dan jawapan yang paling utama…, aku terlampau sibuk dengan kerja yang aku buat sekarang. Sehingga ada hari aku terpaksa habiskan masa selama 2 shift atau hampir 16 jam berkurung dalam studio. Bukan aku tak suka apa yang aku buat sekarang, malah dah jatuh cinta pun. Tapi sampai bila....???, “Jawapannya sudah ada…lain kali kita cerita”

kerok~kerok~kerok~

Walaupun aku tak tau dari mana nak mula,tapi aku dah start rasa aura2 teruja menulis. Aku rasa nak tulis tentang apa yang aku tahu dan apa yang aku suka…., tak nak berat2. Mungkin aku boleh tulis tentang dunia alih suara,siapa buat suara ni…siapa buat watak tu?,cerita apa yang bakal dialih suara,kartun apa yang paling popular kat Malaysia ni,tempat mana aku dah lawat,buku terbaru yang aku baca,hartanah mana yang sesuai dirembat untuk tahun 2014(tak berat sangat kan?),motivasi sikit2 ke,ape2 je lah. Yang penting… apa yang aku rasa baik untuk dikongsi aku tulis kat sini.
Aku juga berharap dengan blog ni aku dapat buat networking yang baru,dapat jumpa insan2 yang positif, yang sama2 berimpian besar untuk Berjaya di dunia & akhirat, yang saling menyokong dan yang dapat kongsi ilmu walaupun sedikit.


Oklah, aku rasa cukup sampai sini dulu, kata kunci untuk hari ni…, Berubah & bertindak!,   “2014, mu tunggu aku datang - penuh keterujaaaannnn!!!”
Assalamualaikum!