Bismillahirrahmanirrahim...., Bagi segmen disebalik suara yang
pertama ni…, kami ingin memperkenalkan salah seorang “orang lama” atau “otai”
dalam dunia alih suara. Ada diantara kita mungkin mengenalinya sebagai seorang
pelakon atau penyanyi, namun ramai yang tidak mengetahui beliau merupakan salah seorang pengalih suara
dan telah melibatkan diri dalam dunia alih suara lebih daripada 30 tahun dan
masih aktif sehingga kini. Insan yang berbakat besar yang dimaksudkan ini
ialah…, Encik Rahim Kedol atau lebih mesra dipanggil abang Rahim dikalangan
penggiat seni alih suara Malaysia. Krew SangPengalihSuara berpeluang menebual
beliau baru-baru ini selepas beliau selesai sesi melakukan proses rakaman
suara. Jom kita layan….
Saudara Rahim Kedol mempunyai keunikan membuat pelbagai jenis suara |
Bagaimana boleh terlibat dalam dunia alih suara?
Sebenarnya sebelum abang bermula dengan dubbing
cerita-cerita dari luar Negara, abang banyak terlibat dengan dubbing filem-filem dan drama tempatan. Pada masa tu
individu yang bertanggungjawab memperkenalkan abang untuk dubbing filem
tempatan adalah Al-marhum M Osman
Boleh kongsikan permulaan abang sebagai pengalih suara?
Abang bermula dengan lakonan, jadi apabila zaman drama agak suram dan abang
kurang mendapat tawaran berlakon pada masa tu, saudara abang iaitu Al-marhum
Nazir mempelawa abang untuk menghadiri ujibakat di RTM, al-marhum Nazir ni
merupakan salah seorang pengalih suara di RTM (juga seorang Dubbing Director),
jadi dialah bawa abang ke RTM dan memperkenalkan abang dengan Dubbing Director
RTM iaitu saudara Adnan Ali. Apabila dah ujibakat dan nasib menyebelahi abang
dan abang sempat terlibat dalam dua siri drama di RTM sebab selepas tu RTM
tidak lagi melakukan proses dubbing di RTM sebaliknya diserahkan kepada studio2
luar atau swasta seperti HVD,Take One Production dan beberapa studio yang lain
![]() |
Bersama pelakon ketika sesi penggambaran drama |
Bila abang mula berlakon ya?
Abang mula berlakon dari zaman hitam putih lagi,tapi masa tu
abang banyak memegang watak tambahan untuk drama-drama RTM ,antara yg popular
masa tu drama bertajuk osman dan afsan, tapi sebenarnya abang bermula dengan teater masa zaman2 Razali
Buyong,kemudian baru berlakon drama. Itu pun belum terus-terus jadi pelakon, abang bermula dengan kerja-kerja
belakang tabir, jadi krew filem dulu dan baru diserap sebagai pelakon
Filem abang ada berlakon?
Ada, filem Kala diarahkan oleh M Osman
Abang ada beritahu yang abang ada meminjamkan suara untuk
filem-filem tempatan, boleh beritahu filem apa?
Banyak juga tapi antara yang abang ingat ialah Filem Mira
Edora, Antara pelakon yang membintagi filem tu ialah Mustafa Kamal,Noor Kumalasari, Rahim Maarof dan heroinnya ialah Julia Rais,dalam
filem ni abang menggantikan keseluruhan suara Rahim Maarof, kerana pada masa tu
lagu nyanyian Rahim Maarof iaitu “istana menanti” tengah meletup-letup dan beliau sibuk dengan
promosi,jadi abang dipanggil untuk meminjamkan suara untuk watak Rahim Maarof
dalam cerita ni. Pengarah untuk filem ni ialah saudara Zul M Osman. Selain dari
tu, dulu-dulu kerajaan Malaysia dan Indonesia banyak melakukan usahama untuk
terbitkan filem dan drama,jadi babak2 yang dilakonkan oleh pelakon Indonesia
perlu dialih suara ke bahasa Malaysia dan abang ada terlibat sama. Kerja-kerja
rakaman alih suara banyak dilakukan di studio Panca Delima milik Dato Jins
Samsudin dan diarahkan oleh saudara Zul Salleh Ghani.
![]() |
Ingat lagi tak cerita ni? |
Siapa lagi rakan-rakan artis yang seangkatan dengan abang
dalam alih suara yang abang masih ingat?
Afida S, Al-marhum M rajoli,Al-marhum M osman, Hjh Wan chik dan Raissudin Hamzah(bapa
Siti Sarah)
Selain berlakon abang ada menyanyi?
Menyanyi ni sebenarnya main2 je,sekadar suka2, tp abang
pernah menjadi juara Bintang Nyanyian dalam satu pertandingan anjuran rukun
tetangga hospital pada tahun 85, dan pada masa tu agak meriah sambutannya
Selain berlakon,menyanyi,mengalih suara,Apa lagi yang abang buat?
Abang ada juga menjadi juruacara untuk majlis-majlis kahwin
dan korporat
Projek terbaru?
Berlakon drama bertajuk Emon Sister dan akan ditayangkan di RTM
Nasihat untuk mereka yang nak terlibat dalam dunia alih suara?
Bagi abang disiplin adalah perkara utama,jika dulu sekali
masuk studio kena masuk 5- 6 orang serentak, bila salah seorang tak datang atau
terlambat yang lain kenalah tunggu, jadi ini menyusahkan orang lain, selain tu
minat pun kena ada, kena datang tengok dulu, ada kesabaran untuk belajar,
sanggup ditegur dan menerima nasihat, boleh tahan lasak - sebab ramai yang
ingat dubbing ni cuma kerja bercakap,tapi sebenarnya lebih daripada tu,dan
memerlukan komitmen yang tinggi dan ada masanya pukul 2 3 pagi masih lagi di
studio,semangat setiakawan pun sangat penting,kalau semangat setiakawan tak ada
bila masanya dubbers nak “naik” sama2 dan nak steady hidupnya, pakatnya
bersama, buat kerana nak cari rezeki, buat kerja bagus2 dalam setiap kerja yang
kita lakukan
INSPECTOR MEGURE: hahaha...Jangan cuba nak lari! Mana mau pigi haaa?? P/S: Abang nampak muda 10 tahun pakai baju DUB...hehehe |
Soalan terakhir, Cerita apa bagi abang yang paling seronok
dialihsuara?
Kalau dulu-dulu memang cerita dari Brazil dan kalau cerita
baru bagi abang Detective conan.
Itulah serba sedikit cerita “disebalik suara” apa yang kami
boleh kongsikan untuk anda diluar sana. Untuk segmen “disebalik suara” akan
datang kami akan terus memperkenalkan siapakah suara-suara disebalik watak-watak
animasi dan drama alihsuara di televisyen. Buat seiyuu-seiyuu di Malaysia…,
bersiap sedia untuk diterjah oleh krew2 kami. Oppps! Sebelum terlupa…, di bawah
ni kami ada senaraikan antara cerita-cerita yang dialihsuara oleh Encik Rahim
Kedol dan watak yang dipegang oleh beliau. Selain dari itu, bagi mereka yang
berminat untuk menggunakan khidmat Encik Rahim Kedol untuk rakaman suara
drama,iklan,berlakon,ataupun juruacara majlis, bolehlah hubungi beliau di FB
beliau iaitu www.facebook.com/rahim.kedol
![]() |
hmmm....setiap kali ada pembunuhan mesti ada Conan..kena siasat ni! |
1) Detective
Conan = Inspector Megure
2) Hawaii
Five O = Joe / Hiro
3) Hero
108 = Mr No Hands / Parrot King
4) Fairly
Odd Parents = Mr Tunner
5) Kappa
Mikey = Gonard
6) Ben
& Izzy = Wells / Jake
7) Bokenger
= Gaja / Makino
8) Go
Onger = Shoukyaku
9) Gaiking
= Yamma / Galis
10) Hulk
& The Agents Of Smash = Red Hulk